Tuesday 21 June 2011

mulakan harimu dengan niat ntuk beribadah kepada Allah~

alhamdulillah~
t0day's t0pik 4 kuliah mgrib desa siswi kptm kL....


hadis 40 imam nawawi...


hadis 1~


عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى
الله عليه وسلم يَقُوْلُ : (إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ).


Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : - "Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."


niat tak pernah mghalalkn cara


Bersekedudukan sudah menjadi trend dalam kalangan anak-anak muda hari ini. Tanpa memikirkan agama dan adat ketimuran, tanpa segan silu golongan ini menjalani kehidupan bagai sepasang suami isteri yang sah.


Walaupun di sisi agama dan undang-undang mereka ini melakukan kesalahan tetapi disebabkan tiadanya rasa malu pada Si Pencipta, tanpa segan silu perbuatan yang diteruskan dengan tidak pernah ada rasa berdosa.


Hal ini banyak berlaku di bandar-bandar besar. Mengapa perbuatan keji dan mungkar ini terjadi? Apakah sudah tiadanya nilai moral anak-anak muda kita hari ini? Jawapannya ya. Semakin nipis dan hilang adat ketimuran dalam hati mereka. Sudah tidak menghiraukan lagi tentang halal dan haram sehingga sanggup tinggal serumah dengan lelaki ataupun wanita bukan muhrim dan paling menyedihkan perbuatan itu dilakukan oleh muda mudi Muslim.


Menurut Penceramah bebas, Ustaz Hazlin Bahrin, anak-anak muda hari ini mudah dibuai dengan keseronokan yang singkat. Akal dan fikiran terlalu dangkal untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Mereka juga sering tersilap membuat perhitungan dek kerana hati yang lemah untuk melawan gejolak nafsu yang tidak didorong ke arah kebaikan.


Ini antara faktor utama mengapa isu-isu yang tidak sepatutnya berlaku ke atas anak-anak muda Muslim hari ini. Seharusnya akal yang sempurna itu digunakan untuk menilai setiap akibat daripada perbuatan sendiri.


Tegasnya lagi, apa yang terjadi hari ini, jelas menunjukkan jiwa anak muda masih dijajah penjajah iaitu dengan gaya hidup barat. Budaya bersekedudukan ini adalah budaya barat dan diadaptasi oleh anak muda di negara ini.


Tanpa mereka menyedari bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya perbuatan yang menghampiri berlakunya penzinaan iaitu persetubuhan haram yang secara langsung akan merosakan keharmonian dan kesucian institusi kekeluargaan Islam.


Katanya lagi, segalanya telah diterangkan dengan jelas dalam firman Allah yang menyebut, 'Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).' –surah al-Isra:32


Faktor Kewangan Bukan Puncanya


Jika ditanya mengapa perbuatan tidak bermoral ini berleluasa, rata-rata memberi alasan masalah kewangan dan tidak mampu menyewa sendirian. Itu alasan yang cetek. Sama sekali faktor kewangan bukanlah puncanya. Menurut Ustaz Hazlin, penyelesaian kepada masalah kewangan adalah bukan mencari rumah sewa yang disewa bersama lelaki sebaliknya perlu mencari pasangan penyewa yang sama jantina. Tetapi sebaliknya berlaku. Sah, masalah kewangan bukannya sebaliknya masalah sukar mengawal nafsu menjadi punca utama. Ibarat orang berkata hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.


"Dan niat tidak pernah menghalalkan cara. Jika niat mahu berjimat cermat, caranya bukanlah turut menyewa tidak kira lelaki mahupun perempuan. Sebaliknya perlu mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang membawa kepada perbuatan bersekedudukan," tegas beliau lagi.


Tambahnya lagi, faktor utama mendorong berlakunya bersekedudukan ialah kerana kurangnya didikan agama dalam jiwa anak-anak hari ini. Perkara yang salah perlu dilihat dengan mata kebenaran. Dan faktaor yang menambahkan lagi berleluasanya perkara ini ialah kerana semangat kejiranan hari ini yang semakin pudar.


Sikap tidak ambil kisah dengan keadaan sebelah menyebelah membuatkan mereka yang menjalankan aktiviti tidak bermoral ini semakin mudah menjalankan kegiatan mereka. Justeru, masyarakat hari ini perlu mengambil tahu perihal yang berlaku disekeliling mereka tetapi tidaklah sehingga mengganggu urusan seharian mereka.


"Tanpa disedari perbuatan bersekedudukan ini antara perbuatan yang menghampiri zina yang telah terang lagi nyata akan balasan dan dosanya. Dan tidak ada satu agama pun yang mengizinkan berlakunya penzinaan ini. Ini sepatutnya sudah menjadi pegangan anak-anak muda hari ini," jelasnya lagi.


Selain itu, bersekedudukan ini juga sama juga dengan perbuatan berkhalwat. Terdapat firman Allah yang melarang perbuatan ini. "Dan mereka yang menjaga kehormatannya (yang menjaga nafsu syahwatnya daripada perbuatan zina), kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, (sesiapa yang mengadakan hubungan dengan yang bukan isterinya atau hambanya) maka merekalah orang-orang yang melampaui batas." –surah al-mu'minun:5-7-


waAllahu Alam~^_^

No comments:

Post a Comment