Wednesday 18 January 2012

tentang hati


ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::

salam hujung minggu buat sahabat2 yang dikasihi..
muga ALLAH sentiasa merahmati kalian,

ana rasa terpanggil untuk menulis saat ni,,
menulis tentang sesuatu yang ana suka berbicara tentangnya,,

tentang HATI..

hati merupakan suatu elemen paling penting dalam diri seorang manusia..
hati merupakan ketua kepada kerajaaan diri.malah para ulama' sufi mmenggelarkan hati sebagai raja dalam kerajaan tubuh badan manusia.sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud..

"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."

sahabat2..lihatlah betapa signifikannya hati kepada kehidupan manusia.
betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh hati dalam menentukan perilaku dan tata cara hidup seorang manusia.

sahabat2..hati yang dimaksudkan di sini bukanlah hati yang boleh dilihat secara mata kasar namun hati yang lebih menjurus kapada suatu yang abstrak,suatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar..hati yang dapat memberi kesan dalam mengawal tindak tanduk kelakuan manusia.

sahabat2..sebagai suatu elemen paling penting dalam diri manusia,hatilah yang menentukan ke arah mana manusia menghala..sama ada ke arah kebaikan ataupun ke arah keburukan.Allah mengangkat martabat hati bilamana DIA tidak mlihat kepada luaran fizikal atau warna kulit manusia,tetapi ALLAH melihat kepada hati..ALLAH melihat kepada kejernihan hati hamba2NYA.sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud..

"sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."<>

sahabat2..sepertimana kita manusia perlu kepada makanan,hati juga perlu kepada makanan.tetapi makanan kepada hati bukanlah sepinggan nasi ayam atau sepotong roti atau secawan kopi..tetapi makanan hati itu adalah "makanan"yang membina kekuatan ruh manusia.

ibarat sepohon pokok bunga yang memerlukan siraman air dan sinaran cahaya,hati pula memerlukan siraman zikrullah,nasihat,muhasabah,mujahadah dan sifat2 mahmudah yang dibajai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH rabbul jalil serta sinaran cahaya hidayahNya.maka dengan itulah hati akan "bertumbuh" dengan baik persis tumbuhnya sepohon pokok yang mengeluarkan bunga-bungaan yang cantik lagi wangi.

sahabat2..hati yang sedemikian rupalah yang mendapat kedudukan yang mulia disisiNya manakala di dunia pemilik hati ini sentiasa disenangi oleh orang sekeliling kerana hatinya yang baik,kerana hatinya yang mulia membentuk suatu keperibadiaan yang utuh dan unggul berlandaskan agama ALLAH dan Rasulullah S.A.W.

sahabat2..betapa besarnya impak hati dalam kehidupan kita.betapa pentingnya fungsi hati itu menjamin kebersamaan dan kebergantungan seorang manusia dengan ALLAH.

justeru,sahabat2..

ana menyeru diri ana..
ana menyeru diri ana..
ana menyeru diri ana..

ana menyeru diri sahabat2 sekalian..

jagalah hati..
jagalah hati..
jagalah hati..
jagalah hati..
jagalah hati..

marilah bersama menjaga hati dengan mengamalkan 5 perkara :

1.membaca al-Quarn dan maknanya
2.mendirikan solat malam(qiamullail)
3.berkumpul bersama-sama orang yang soleh
4.perbanyakkan berpuasa
5.perbanyakkan berzikir

sahabat2..insyaALLAH sama2 kita amalkan.
wallahu'alam.

Saturday 14 January 2012

sanah helwah


tepat kul 12.00 am bermula la 14 januari 2012
f0n x brenti2 bnyi "bib" n notification fb ttibe bnyk plak...

pape pn syukran to all my frens for wishing  my besday...

editted dari seorang kawan~aqil afifi
thanx bro!
demo pn ape kurang nye same je kte pnye besday kn... 
tp sy lg kakak oke..haha^_^

mace2 ucapan dari sume kawan2~
skolah rendah (sk wakaf stan)
skola menengah
 (smkanaimlilbanat, tusyen, skor A, kem pbsm)
kwn2 skspm2010 (husm)
wira wirawati plkn desa rimba (kk, perak)
kwn kptm kL (cheras)..
program abjz (msjid negara)


“Awak dah tua,”
“Semoga cepat matured,”
 saya tak paham korang nak saya matured camne lagi.ahaha
Pelbagai spesies ucapan yang saya terima pada 14 januari saban tahun.
Terima kasih pada semua. Amat saya hargai.
Tak kurang juga yang sengaja ingin mencuit ’sakit hati’
 pada minit-minit terakhir menjelang 14 Januari,
“Waiting for the whole day, but no one ever wish you?..Happy Birthday!” 
ceh, sorila. suda ramai ye, brader!
Tak kiralah..thanx juga!
Terima kasih atas doa semua.
Terima kasih pada hadiah-hadiah lain juga.






Baik.
Kisah-kisah hari lahir dibawa ke tepi dahulu. Bukan ini yang ingin dicoretkan.


Maaf ssangat..

Saya mungkin tidak seperti kalian. Maaf teramat,
andai kalian setia memberi ucapan, saya pula sebaliknya.
Bukanlah saya anti-birthday celebration, tapi banyak cerita di sebaliknya.

Terutama, mungkin kerana saya ada masalah ingatan!
Aduh, segan untuk dinyatakan, tapi sejujurnya setakat ini saya hanya
mengingati tarikh lahir  dalam keluarga, kwn2 y rapat
 dan juga beberapa nama lain yang mungkin ada mencatat sejarah bersama saya.
 Yang lain..ampun maaf, saya angkat tangan awal-awal!



SUNNAH MANUSIA SUKA MENERIMA


Akui, memang kita bisa tersengih 14 inci atau terbang ke langit biru
 tatkala disaji manisan ucapan. Apa lagi bila beserta hadiah kegemaran,
seperti kera mendapat bunga sampai tak keruan.
Itu sunnah manusia, suka menerima.

Sudah 19 tahun saya ’menerima’ pinjaman Allah di dunia ini.
Jasad ini, dunia ini, semuanya.
Menerima pinjaman.

.
Bayangkan anda membuat pinjaman dengan pihak bank.
Katakan anda meminjam satu juta,
jika anda berjaya memulangkan wang tersebut dengan baik,
pihak bank akan memberi ganjaran pula atas ‘jasa’ anda menggunakan wang tersebut.
Aih, kita yang meminjam, kita pula yang untung?
Malah mungkin bukan ganjaran setakat dua tiga kali ganda.
Tapi dengan satu amaun yang tak tersebut banyaknya..
Belum lagi layanan-layanan dan habuan lain.

..Hebat, mana nak dapat pinjaman sebegini?

Sekarang, makin banyak kita meminjam, makin banyak bunga ada la!


مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat gandakanpembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.” [2.245]
Hanya Dia yang menjanjikan pulangan lumayan ini.

Tak malu-malu lagi ‘menyusahkan’ Sang Peminjam?


SUNNAH MEMBERI?

Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Constatinopole seawal usia 21 tahun.
 Beliaulah Imam yang ditunggu-tunggu selama 800 tahun oleh semua mutaqin,
untuk merealisasikan hadis Nabi saw:
“..Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya
adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)



Saya, kini, sudah 19  tahun. Dua tahun saja bezanya dengan Al-Fateh itu.
Tapi, entah bakti apa yang sudah saya taburkan.

Jangankan untuk memberi sumbangan yang besar, menjaga ’pinjaman’ Dia pun cuai selalu!



TARIKH MEMPERINGATI JASA

Semasa kecil terkadang teringin sangat mahu berparti
besar-besaran menyambut hari jadi. 
Besar sungguh pengaruh cerita-cerita TV,
 saya dambakan sambutan hari lahir seperti seorang puteri.
biase la Angan budak kecil.
.
Keluarga saya jarang-jarang membuat sambutan. 
Kami biasa-biasa saja pada hari tersebut.
Saya syukuri hikmah tradisi itu, kini.

Maulud Nabi disambut sebagai memperingati tarikh kelahiran Baginda saw.
Pada hari itulah paling banyak kempen beserta ceramah (dan yang sewaktu dengannya)
tentang Junjungan diadakan di seluruh dunia,
mudah-mudahan kita menghayati perjuangan Baginda saw.
Itupun, sesetengah pendapat mendakwa sambutan tersebut sebagai bid’ah.

Justeru sambutan maulid ini membuat saya terfikir akan tujuan saya yang ’inginkan’ ulang tahun disambut.


.
Malu sendiri, saya bukanlah apa-apa pada dunia ini dan pada orang lain.
 Kekadang terdetik, apakah layak menerima apa-apa kalimah “Happy Birthday” pada hari tersebut.
Ia bukanlah hari yang wajar digembirakan buat saya.

Kalau “Sad Birthday” mungkin sesuai kerana seharusnya saya bersedih 
dengan usia yang meningkat, dan amal yang tak lebat, cuma dosa berlipat.


Sekali lagi, bukan saya bermaksud tidak gemar ucapan-ucapan atau sambutan-sambutan hari lahir.
Tidak dinafikan, sambutan birthday membantu merapatkan ukhuwwah.
Saling bertukar hadiah, itu sunnah yang dituntut juga. Saya sangat setuju yang itu.



Maaf..maaf ya!

Kalau saya tahu hari itu adalah hari lahir anda, saya memang akan cuba wish
Kalau tak wish tu tanda tak tau atau lupa la tu..~~

Hadiah? Tunggu bila saya shopping beli barang banyak-banyak,
 saya bagi kat ramai-ramai orang sekaligus.hehe.. if elaun sy masyuk ler...=p
Mungkin sebulan kemudian, atau mungkin setahun juga.


Saya masih ingat tatkala saya dijemput makan-makan oleh seorang kawan rapat ke chaletnya.
Sedang-sedang makan saya bertanya,
apa mood emaknya sampai mengirim makanan pada hari itu.
Adeh, malu sungguh, dia sedang meraikan hari lahirnya!
maaf sahabat..sanah helwah for u~


KANAK-KANAK LAIN CERITA

Walaubagaimanapun, pandangan saya berbeza dengan
 sambutan untuk kanak-kanak
saya sangat suka dan lebih excited.
Melihatkan dunia kanak-kanak di TV yang pada saya sangat
 tidak membantu perkembangan minda mereka, 
saya lebih setuju hari-hari mereka dihiasi alternatif hiburan yang real sebegini 
dalam mereka menginjak dewasa.
Setidaknya mereka belajar menghargai orang lain
, budaya memberi dan menerima, 
di samping terdedah kepada cara bergaul dan melihat realiti ragam manusia.

Lagi pula, mereka belum punya banyak perkara untuk difikirkan.

Lainlah kita yang sudah tua ini, oh, alwajibat aktharu minal auqaat! 
Tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada!
Bila usia meningkat, kubur pun makin dekat..~


TIDAK ROMANTIS

Ada yang mendakwa, orang seperti saya yang tak semangat bab birthday ini tidak romantis.
Iyakah?

Btw, untuk apa saya romantis dengan korang? hak3





ALLHAMDULILLAH YA ALLAH
 MASIH MEMBERI PINJAM LAGI NYAWA 
UNTUK HIDUP PADA HARI INI..