Saturday 30 April 2011

bumi mane y x pernah dsirami hujan...

Bersabarlah, hidup ini bukan untuk mengikut kehendak kita tetapi mengikut kehendak Yang Mencipta kita.

"Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku". [surah az-Zariyat:ayat 56]

Takdir yang datang pada kita dan untuk kita pula bukan untuk dipersalahkan, tetapi untuk sentiasa disyukuri setiap apa yang Allah S.W.T. kurniakan. Banyak kali Allah S.W.T. menyebut tentang sesuatu perkara setelah diberikan kepada hamba-Nya lalu Allah S.W.T. berfirman di akhirnya yang bermaksud :
"Mudah-mudahan kamu bersyukur." [al-Hajj: ayat 36]

Sedih dan Berduka

Tidak salah untuk merasa sedih kerana ia suatu perasaan. Tidak salah untuk merasa kecewa kerana itu juga suatu perasaan. Tidak salah juga untuk menangis kerana ia sememangnya jua sebuah luahan perasaan sedih dan kecewa. Perasaan dan luahan yang Allah S.W.T. kurniakan untuk setiap hamba-Nya bagi melengkapkan kesempurnaan ciptaan makhluk-Nya dan untuk menterjemahkan rasa cinta dan kasih sayang Allah S.W.T. buat hamba-hamba-Nya.

Namun yang menjadi salahnya apabila manusia melebih-lebihkan kesedihan itu dengan menyalahkan takdir, lalu melakukan perkara-perkara yang menyalahi fitrah. Bunuh diri, makan pil tidur melebihi dos, minum arak, memaki hamun orang lain, menyebar fitnah dan sebagainya.

Itu semua tidak Allah S.W.T. sukai dan redhai. Tapi apa yang Allah S.W.T. suka? Lihatlah apa yang Allah S.W.T. firmankan yang bermaksud :
"Orang yang apabila ditimpa musibah lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami milik Allah S.W.T. dan kepada-Nya kami kembali." [surah al-Baqarah: ayat 156]

Siapakah yang mampu mengucapkan ucapan seperti ini melainkan hamba-hamba yang sabar dan redha dengan takdir Allah S.W.T. lalu menyerahkan diri hanya kepada-Nya. Ya, Allah S.W.T. suka orang-orang yang sabar. Sabar, sabar, dan sabar.

Takdir Untuk Kita

Kadang-kadang kita rasa apa yang Allah S.W.T. takdirkan itu buruk untuk kita sampai kita menangis dan terlalu kecewa, tetapi hakikatnya tidak begitu. Allah S.W.T. sayangkan kita. Allah S.W.T. tidak berkehendak kita jatuh ke tempat yang tidak baik.

Cuba kita teliti jalan-jalan yang pernah kita lalui dahulu, kadang-kadang ada kehendak yang kita tidak dapat penuhi lantaran tidak mendapat keizinan, dikecewakan, ditipu dan sebagainya. Selaklah kembali kisah-kisah selepas kejadian memilukan tersebut, tentu ada kebaikan yang tersingkap lalu kita mengucap 'Alhamdulillah', 'nasib baik', 'kalau tak' dan ucapan yang seumpama dengannya.

Semua itu adalah hikmah, hikmah dari Allah S.W.T. yang tersembunyi ketika berlaku musibah pada kita, kemudian terzahir beberapa waktu andai kita duduk berfikir. Semua itu untuk kita lebih mensyukuri setiap nikmat yang ada di depan mata kita dan menjadi hamba yang 'Syakura' (banyak bersyukur).

Benarlah seorang murabbi selalu mengatakan, Allah S.W.T. tidak pernah mahukan yang buruk-buruk buat hamba-Nya. Cuma untuk beberapa perkara yang perlu kita lalui di atas muka bumi ini, ia bergilir-gilir dengan perkara kebaikan dan keburukan.

Allah S.W.T. memberi kita peluang untuk membuat pilihan sama ada hendak berbuat baik atau berbuat jahat. Pilihlah mana satu kata hati dan kehendak kita.
Tapi ingat, natijah dan kesan untuk keduanya berbeza.
Jangan ditanya kenapa Allah S.W.T. cipta Neraka kalau Allah S.W.T. sayangkan hamba-Nya? Sebab Allah S.W.T. sudah memberi pilihan di dunia dan setiap pilihan berbeza kesan kehidupan di akhirat. Bermakna jika seseorang memilih untuk berbuat kejahatan, maka dia masuk ke dalam Neraka adalah untuk pilihannya sendiri bukan kerana takdir Allah S.W.T.. Manakala jika seseorang berbuat kebaikan lalu masuk Syurga, itu juga atas pilihannya tetapi di atas rahmat Allah S.W.T..

La Tahzan

Akhir kata, janganlah bersedih pada ujian yang menimpa. Bukan hanya kita yang merasa, orang lain juga lebih teruk menderita. Seperti para Rasul dan sahabat menderita, lebih dalam dan jurang ujiannya. Namun dengan ujian itu mereka bersabar lalu diangkat darjat mereka.
Mudah-mudahan Allah S.W.T. kurniakan kesabaran buat kita berpanjangan. Ameen ya Rabb.

'Bumi mana yang tidak pernah disirami hujan, kerana dengan hujan itu suburlah dan indahlah bumi.

'Manusia mana yang tidak pernah ditimpa ujian, kerana dengan ujian itulah semakin subur iman dan keyakinan insan pada Tuhan.'
Allahu a'lam..

Monday 18 April 2011

perempuan

Perempuan, Cantiknya Kat renungan dan jelingan matannya...

Perempuan, Cantiknya Kat hidungnya...

Perempuan, Cantiknya Kat kulitnya...

Perempuan, Cantiknya Kat senyuman bibirnya...

Perempuan, Cantiknya Kat jari-jemarinya...

Perempuan, Cantiknya Kat lemah gemalaianya...

Perempuan, Cantiknya Kat santunnya...

Perempuan, Cantiknya Kat gerak tubuhnya...

Perempuan, Cantiknya Kat manis tutur katanya...

Perempuan, Cantiknya Kat cara berpakaiannya...

Perempuan, Cantiknya Kat kelembutan hatinya...

Perempuan, Cantiknya Kat kekuatan pegangan agamanya...

Sesungguhnya wanita itu hiasan dunia dan seindah2 hiasan dunia itu adalah dari isteri yg solehah

warkah ntuk adam

Renung-renungkanlah wahai Adam, Luahan dan Keluhan Hawa...

Wahai Adam

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adam

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Wahai Adam

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Wahai Adam

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Wahai Adam

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Wahai Adam

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Wahai Adam

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.

Wahai Adam

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Wahai Adam

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Wahai Adam

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..... Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam... Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu..... wahai ...ADAMku......

muslimah

Muslimah itu ibarat bunga, cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara. Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah muslimah yang mulia akhlaknya.
Seorang Muslimah itu
Yang lembut itu fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati… tulus wajahnya, setulus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya.
.
Seorang Muslimah itu
Hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi…  cinta untuk dirasa… Namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia … Dia boleh kuat, boleh menjadi tabah, boleh ampuh menyokong pahlawan-pahlawan dunia… begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah
.
Seorang Muslimah itu
Teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini…  dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap nikmatNya
.
Seorang Muslimah itu
Boleh seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman Rasul, pengubat duka & laranya… bijaksana, menyimpan i­lmu, si teman bicara, dialah Ãishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah
.
Seorang Muslimah itu
Boleh setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cercaan manusia, namun sucinya ALLah memuji… Seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah… kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahaya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda… dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syahid menyahut panggilan Allah.
.
Seorang Muslimah itu
Perlu ada yang membela, agar mereka terdidik jiwa, agar mereka terpelihara… dengan mengenali Rabbnya, dengan cinta Rasulnya… dengan yakin Deennya, dengan teguh aqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . Pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya
.
Seorang Muslimah itu
Melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan
.
Seorang Muslimah itu
Yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari… dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak boleh terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya… kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini… perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama… dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, nikmat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan. Seorang gadis itu,  anugerah istimewa kepada dunia!
.
Seorang Muslimah itu
Tinggallah di dunia, sebagai  mujahidah, pejuang ummah… anak ummi & ayah, muslimah yang solehah… kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & marifatullah
.
Seorang Muslimah itu
Moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan…  seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga Al – Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu… menuju cintaNYA yang ABADI.

hati n akal bicara tentang cinta

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?   

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?      

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

bidadari syurga

BIdadari syurga ♥
Kecantikanmu bersinar melebihi terangnya mentari,
akhlakmu semerbak melebihi harumnya kasturi,
tawadhumu indah melebihi cahaya bulan purnama,
dan kasih sayangmu membawa ketenangan
melebihi curahan hujan.
Peliharalah kecantikanmu dengan keimanan, keredhaan, sifat qana ah,sifat iffah (menjaga diri dan kehormatan) dan busana muslimah.
Ketahuilah, perhiasanmu bukan emas, perak dan berlian.
Tetapi, beberapa rakaat menjelang sahur,
rasa dahaga di siang hari saat puasa mencari redha Allah, sedekah tersembunyi yang tidak diketahui kecuali oleh Allah,air mata hangat yang membasuh dosa,
sujud panjang di atas permaidani penghambaan kepada Allah, serta rasa malu kepada Allah saat muncul kehendak jahat dan bisikan syaitan.

Kenakan pakaian taqwa, tentu engkau menjadi wanita tercantik di dunia,
meski pakaian tertambal. Pakailah baju luar yang sopan, tentu engkau menjadi wanita terindah di alam,,,

Sunday 17 April 2011

wanita solehah

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).

Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa ber...at, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.”(HR Ibn Hibban)

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)

Rasul Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan dia (suami) tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Rasulullah bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Rasulullah bersabda, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)

wanita2 islam

Wahai wanita2 islam . .

SeorgMUSLIMAH itu dipandang dari AKHLAKNYA,
Seorg MUKMINAH itu dinilai dri IMANNYA,
Seorg SRIKANDI itu diukir dri PERJUANGANNYA,
Seorg IBU itu dirindui dri PENGORBANANNYA,
Seorg GADIS itu dihargai dri SIFAT MALUNYA,
Seorg wanita itu dihormati dri KETINGGIAN MARUAHNYA,

Oleh itu. .
Duhai muslimah sejati,
Bersihkanlah hatimu,
Kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan,
Jannah bukan mimpi tp realiti,
Dunia hanyalah persinggahan,
♥ Akhirat itu kekal abadi .

~Ukhtiku syg,jadilah kamu seorg MUSLIMAH SEJATI~

♥ keep istiqamah ♥

sahabat...

Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu

suami idaman muslimah

Buat sahabatku dari kaum Adam, hayatilah sajak yang begitu bermakna ini,
jadikannya sebagai salah satu panduan membentuk peribadimu...
SUAMI IDAMAN MUSLIMAH

suami idaman kami
lautan cintanya pada Rabb Izzati
cinta teragungnya
debar rindunya hanya pada Jannatul Firdaus
tempat kembali yang sangat indah
maka kami adalah yang paling setia
mengiringi hidupnya di dunia ini

suami idaman kami
hidupnya untuk Islam
setiap detik hidupnya hanya untuk
menegakkan daulah islamiah di bumi Allah
setiap peluh yang menitis hanya kerana
memperjuangkan kelestarian Islam agar terpelihara
maka kami adalah yang paling berbangga
menjadi srikandi kepada seorang yang bergelar mujahid

suami idaman kami
jihadnya untuk Islam
setiap darah yg mengalir
pasti kerana tekad untuk memelihara kesucian Islam
syahidnya kerana Islam
maka kami adalah yang amat beruntung
memiliki kekasih yang gagah sepertinya

suami idaman kami
wajahnya sentiasa dibasahi wudhuk yg sempurna
bibirnya sentiasa dihiasi dengan zikir padaNya
setiap tutur kata bermanfaat buat kami dan semua
maka kami adalah yang paling bahagia
dinaungi seorang yang bijak laksana

suami idaman kami
penglihatannya sentiasa dipelihara
menjauhkan kebatilan dari dirinya
hanya memandang kepada yang hak daripadanya
dia melindungi dan menyayangi
atas rasa tanggungjawab pada amanah yang dianugerahkan
dia menegur dan menasihati
dengan tulus dan ihsan
agar mendapat mardhatillah
maka kami adalah yang paling bertuah
dapat mengasihi seorang mukmin soleh sepertinya

suami idaman kami
berusaha memperelokkan diri
dengan ilmu dan pengetahuan
agar semakin petah berbicara
agar menjadi da'ei yang berhikmah
sentiasa berusaha menghiasi diri dengan untaian taqwa
qiamullail memang tradisinya
solat sunat menjadi kegemarannya
tilawah Quran ibadah kesukaannya
maka kami adalah yang paling beruntung
mendapat bahagian dalam doanya

suami idaman kami
dirimu permata gemilang
yang bakal menyerikan dan mewarnai hidup kami
kami adalah yang paling bersyukur
kerana menjadi permaisuri mahligaimu insya Allah,
kami akan menjadi penyokong setiamu
dalam memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi ini
kerana dirimu adalah
KEKASIHKU, MUJAHIDKU

ciri2 gadis wanita muslimah y sopan n berakhlak sempurna


1..Solat tepat waktu.
2..Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
3..Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
4..Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
5..Bercakap dengan rendah suara.
6..Lembut dan halus tingkahlakunya.
7..Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
8..Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
9..Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan mahram dan mereka bukan Islam.
10.Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
11.Pandai mengambil hati orang tua.
12.Menghormati dan taat ibubapa.
13.Kesayangan keluarga dan tetangga.
14.Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
15.Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
16.Rambut tak diwarnakan.
17.Banyak dan murah dengan senyuman.
18.Banyak mendengar dari bercakap.
19.Senyuman adalah ketawanya.
20.Tidak ketawa terbahak-bahak.
21.Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan mahram.
22.Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
23.Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
24.Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
25.Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
26.Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
27.Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
28.Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
29.Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
30.Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
31.Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
32.Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.

tudungmu shabatku

Tidak lengkap dan sempurna. Malah menambahkan FITNAH !!

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.

Tudung di Luar dan Dalam

Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain.


Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah.
Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.


Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.

Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.”Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Sumber: Darul Nu’man

lelAki...

elaki diciptakan dgn penuh unik,penuh kekuatan dan semangat.
Diciptakan untuk membimbing.Dan juga diciptakan untuk melindungi.
Bayangkan andai dunia ini tanpa lelaki........pasti ia kelihatan cacat dan tidak munkin juga manusia akan menjadi seperti hari ini.

Insan bernama lelaki sangat diperlukan untuk menjalankan sesuatu perkara.Malah kerja persaksian juga,diutamakan kepada lelaki.

Kaum hawa amat memerlukan perlindungan daripada kaum Adam.Dalam aspek agama juga Lelaki amat penting untuk memimbing kaum wanita dan anak-anak kecil ke jalan yang benar.

Kekuatan dan keberanian lelaki sangat diperlukan untuk melindungi kaum hawa dan juga keluarga.
Tapi sekarang.............

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al – Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci terpenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al – Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu mengahadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.......................................................

Kini lelaki tidak lagi seperti dahulu kalanya....tidak dinafikan masih ada yang kelakiannya masih sejati bak pewira dan juga agamanya tidak kurang hebatnya seperti tokoh-tokoh dahulu,tetapi ia dalam sebilangan yang sangat kecil...

Menjadikan keistimewaannya untuk melemahkan kaum hawa dengan kata-kata manis.....Memperdaya wanita,permainkan perasaan wanita dengan sesuka hati dan akhirnya mengecewakannya.Adakah itu ciri-ciri lelaki sejati??

Kaum hawa amat memerlukan perlindunganmu wahai lelaki,usahlah kalian permainkan meraka......Bagaimanakah perasaan kalian andai wanita dari darah dagingmu sendiri dipermainkan oleh lelaki yang temannya syaitan??
tentu sekali kecewa bukan?begitu juga dengan wanita yang mempunyai abang,ayah......
kalaupun wanita itu yatim piatu,tak semestinya dapat permainkan perasaan mereka dengan sesuka hati.Sakit hatinya sangat menyeksakan.......

wanita itu tidak sekuat lelaki.

wanita itu tidak seberani lelaki.

wanita itu tidak setabah lelaki.

mereka memerlukan perlindungan lelaki,tp jika lelaki sendiri ingin mengkhianati dirinya....apakah dayanya untuk meneruskan kehidupannya.

Usah kalian mengunkapkan perkataan CINTA,jika sebenarnya niat kalian bukan kearah pernikahan.

Jika kalian benar ingin berniat kearah perkahwinan,percepatkanlah....usah dimain-mainkan perasaan halus kaum hawa.

Jika cinta kalian sekadar untuk main-main,lebih baik tak payah,ALLAH melihat kalian dan Maha Mengetahui hati kalian.



Kini kaum wanita banyak yang kecundang dialam remaja lagi,kerana kata-kata manis sesetengah kalian yang berunsurkan racun syaitan......

Banyak lelaki kini yang menjadikan wanita hanya tempat melepaskan nafsu buas meraka.
Kerana kalian terkenal dengan sifat yang berani,menyababkan wanita takut....dan lebih-lebih lagi takut kehilangan kasih sayang dari kalian..


Wahai temanku yang bernama lelaki,ayuh bangkit dan kembalilah menjadi lelaki yang sebenar-benarnya lelaki.Lelaki yang pelindung,yang berani menegakkan suruhan Agama.Lelaki yang akan melindungi kaum hawa dan memimbing mereka kejalan yang benar.


wasallam....................

Saturday 16 April 2011

sahabatku....mawarku

Hatiku resah,
Melihat sekuntum mawar hilang serinya,
Layunya dipetik tangan-tangan nakal,
Dikasari dengan kejam,
Adakah layaknya layanan seperti itu kepadamu?
Namun, adakah itu salah tangan-tangan yang memetikmu,
Atau dirimu terlalu mekar indah di taman,
Sehingga membangkitkan nafsu yang melihat.

Mawarku,
Tintaku tiada hentinya di sini,
Kau terlalu cantik,
Sehingga Allah menurunkan wahyu kepadamu,
An Nisa' menjadi saksi peraturan kepadamu,
Bahawa dirimu berhak dilindungi lelaki soleh.

Mawarku,
Usah kau pamerkan perhiasaanmu,
Usah kau megahkan kecantikanmu,
Kerana dirimu sememangnya perhiasaan dunia,
Setiap inci tubuhmu bakal menjadi santapan durjana,
Sekiranya kau biarkan kecantikan dirimu terdedah.

Mawarku,
Biarlah kau umpama mutiara terlindung,
Hanya dimiliki oleh insan yang ditakdirkan olehNya,
Allah itu adil dan saksama,
Walaupun kau insan lemah,
Namun imanmu jangan dibiarkan lemah.

Friday 15 April 2011

bidadari syurga

Bidadari Syurga ♥

Kecantikanmu bersinar melebihi terangnya mentari,
akhlakmu semerbak melebihi harumnya kasturi,
tawadhumu indah melebihi cahaya bulan purnama,
dan kasih sayangmu membawa ketenangan
melebihi curahan hujan.
Peliharalah kecantikanmu dengan keimanan, keredhaan, sifat qana ah,sifat iffah (menjaga diri dan kehormatan) dan busana muslimah.
Ketahuilah, perhiasanmu bukan emas, perak dan berlian.
Tetapi, beberapa rakaat menjelang sahur,
rasa dahaga di siang hari saat puasa mencari redha Allah, sedekah tersembunyi yang tidak diketahui kecuali oleh Allah,air mata hangat yang membasuh dosa,
sujud panjang di atas permaidani penghambaan kepada Allah, serta rasa malu kepada Allah saat muncul kehendak jahat dan bisikan syaitan.

Kenakan pakaian taqwa, tentu engkau menjadi wanita tercantik di dunia,
meski pakaian tertambal. Pakailah baju luar yang sopan, tentu engkau menjadi wanita terindah di alam,,,

di mana cantiknya se0rang muslimah??

Di Mana Cantiknya Seorang Muslimah?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening
yang selalu menjeling tajam atau yang kadang
kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan
senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan
mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil
anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik
dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan
perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan
kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda
perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang
keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran
kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan
memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga,
dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu,
tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata
akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia,
sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan
ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik ???

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan
pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin
bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir
anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan
kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang
dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang
menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang
anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang
Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki
yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang
Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin
Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung
"kesucian"

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu"
nescaya akan bercahaya di akhirat.

aku tAmak!..nk semua ciri2 wanita tsebut..

Aku Tamak! Aku Inginkan Semua Ciri-Ciri Wanita Itu!



Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang BERAGAMA nescaya kamu bahagia.


Tetapi aku tamak! Aku nak semua ciri-ciri ini, aku nak dia cantik, ada harta, dipandang mulia, dan juga solehah. Macamana cara untuk aku dapatkan semua ciri-ciri ini? Ada ke wanita yang sebegini dizaman ini? Sadaqarasulullah, Benarlah segala perkataan Rasulullah itu.


Rasulullah mencadangkan supaya memilih yang BERAGAMA (Solehah dgn ertikata yang sebenar-benarnya) adalah kerana ada RAHSIA yang tersirat disebaliknya.


Apa RAHSIAnya?


Wanita yang BERAGAMA seperti yang disebutkan oleh Rasulullah didalam konteks hadis diatas, adalah wanita yang benar-benar solehah, dan mentaati serta mempertahankan keimanannya kepada Allah.


Oleh itu, wanita yang sebegini pasti akan
1. Berikhtiar dan berusaha untuk memiliki HARTA, kerana:


Ingin menjalankan suruhan-suruhan dalam Islam yang menjurus kepada memiliki harta seperti:


a) Bersedekah

b) Amal jariah, Derma, Wakaf

c) Zakat

d) Haji, Umrah

e) dan lain-lain yang relevan


Oleh itu, wanita seperti yang dicadangkan oleh Rasulullah akan memiliki ciri-ciri pertama iaitu BERHARTA


2. Berketurunan (dipandang mulia)


Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah memelihara (mereka)”. (Surah an-Nisaa’ ayat 34)


Walau dari keturunan apa pun, dari latar belakang yang macamanapun, andainya wanita ini telah bertaubat, dan benar-benar taat dalam beragama, pasti Allah akan mengangkat darjatnya dan dia tetap terpandang mulia dari sudut mana pun jua. Firman Allah diatas jelas menunjukkan betapa Allah memelihara wanita-wanita yang solehah ini.


3. Cantik


Wajah yang sentiasa disentuh wudhu yang sempurna dan dipenuhi dengan ibadah-ibadah kerohanian seperti qiam dan lain-lain (yang dilakukan dengan ikhlas dan istiqamah), pastinya akan bercahaya, jernih dan menenangkan hati sesiapa yang melihatnya. Pasti mampu menjadi penawar dimata dan penyejuk dihati suami (Qurrata A'kyun). Kecantikan itu abstrak, ianya tidak bergantung hanya semata-mata kepada raut fizikal seseorang wanita, TETAPI ianya lebih banyak bergantung kepada MATA YANG MEMANDANGNYA!


Nah! Oleh kerana aku tamak dan inginkan kesemua ciri-ciri yang disebutkan oleh Rasulullah itu, maka ikutilah cadangan dan saranan yang telah direkomenkan oleh baginda S.A.W, iaitu, pilihlah yang TAAT BERAGAMA dan solehah.

aurat wanita..

13 Aurat Wanita

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tan gan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59.

Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

ntuk sahabAt...kaum hAwa...

Sejak dari mula wanita diciptakan sebagai makhluk yang begitu mempesona, begitu sempurna, begitu menawan, dan begitu indah.


Saudari..
Tiada yang menyangkal bahawa kalian wanita adalah sangat indah.
Cubalah lihat dirimu di cermin..
Betapa sempurnanya Allah menciptakanmu.
Betapa indah alis yang berbaris diatas mata.
Betapa lentiknya bulu matamu.
Subhanallah.. betapa mempesonanya wanita.

.
Saudari..
Sesungguhnya Allah memberikanmu dua keindahan. keindahan batin dan keindahan zahir.
Keindahan batin akan memancar melalui kesucian diri, ilmu, dan akal fikiran.
Kecantikan batin inilah yang akan menghiasi rupa zahirmu.
Kecantikan batin inilah yang membuatmu indah, mulia, dan penuh karisma.

Semakin tertanam sifat-sifat itu dalam rohmu, semakin indahlah dirimu.

Sesiapa yang melihatmu, tentu akan merasa kagum, kamu akan semakin dicintai.
.
Saudari..

Keindahan batin adalah nikmat Allah yang paling berharga.
Keindahan zahir juga merupakan nikmat Allah.
Keindahan zahir terletak pada tersembunyinya bukan pada terbukanya.
Dan,  jika kamu mensyukurinya
Jika kamu bertaqwa
Jika kau menjaganya

Maka semakin menambah keindahannya.


Saudari..

Wanita adalah sekolah terbaik bagi pendidikan generasi muslim.
Wanita adalah manusia terbaik yang melahirkan generasi Islam.
Wanita adalah manusia terbaik yang menjadi sumber makna pengorbanan.
Maka, lepaskanlah dirimu dari taklid buta terhadap yang lain.
Bebaskanlah dirimu dari nafsu yang menghimpit.
Bebaskan dirimu dari ketundukan dan kepasrahan selain Allah.

Bebaskan dirimu dari ketakutan selain Allah.
.
Saudari..
Itulah yg dinamakan wanita terindah.
Wanita tercantik nan jelita.

Duhai saudari..
Tidakkah engkau ingin menjadi wanita terindah?