Saturday 14 May 2011

jangan ubati dengan racun..

“Macam tak sihat je?”  
“Ana ok. Tak sakit apa-apa pun.” 
+++ 
UTP sekarang telah pun memasuki satu fasa yang dinamakan sebagai, study week. Fasa yang sangat rawan bagi sesetengah pelajar. Terutamanya bagi para dai’e. Inilah fasa di mana mereka harus all out habis-habisan untuk akademik mereka. Dalam masa yang sama, kerja-kerja dakwah tidak akan sekali cuba untuk dianak-tirikan, inikan terus tinggalkan. Baik dari segi dakwah pada diri sendiri, mahupun kepada orang lain. 
+++ 
“Antum solat di mana tadi?” 
“Err. Di bilik.”  
“Kenapa di bilik? Kenapa tak turun ke surau? Bukan jauh pun.”  
“…”  
“Antum sakit ke?” 
+++ 
“Akh, ana tak tahulah nak cakap macam mana. Fizikal mungkin sihat, tapi dalaman teruklah. Mutabaah down gila-gila sejak seminggu dua minggu ni.”   
“Hmm. Biasalah tu, akh. Kita bukan para nabi dan rasul, inikan pula malaikat. Iman kita memang akan sentiasa menaik dan menurun. Normal lah tu.”  
“Tapi kali ni melampau-lampau. Tahajjud cuma 3 kali je minggu ni, itupun buat setakat gitu-gitu je. Tak de feeling. Tilawah pun teruk. Study lagi lah tak de mood.” 
“Hmm. Macam ni, akh. Let’s stop talking about the issue, now we move into the solution, ok? Apa usaha antum dah buat untuk selesaikan masalah antum tu?”  
“…”  
“Akh, antum patut bersyukur kepada Allah SWT, kerana antum masih lagi berfikir mengenai iman di saat antum semakin kehilangannya. Ada orang yang tak pernah kisah pun, sama ada ‘ada iman di hati mereka’ atau tidak. Tapi cuba lihat, antum berfikir mengenainya. Dan kenapa antum berfikir mengenainya? Ana yakin, mestilah kerana antum takut akan kehilangannya. Sebab melalui imanlah akan lahirnya ketaqwaan dan seterusnya keikhlasan.” 
Aku hanya mendiamkan diri. Menantikan setiap kata yang ingin diluahkan. Hati yang hitam memang seharusnya dicerahkan semula dengan tazkirah.
“Akh, kalau betul antum nya iman sedang menurun, ditambah dengan amal yang menurun dan semangat yang memudar. Maka antum kena sedar, akh. Yang bahawa antum sedang diazab oleh Allah SWT sebenarnya.”  
“Ha?”  
“Tengok firman Allah dalam surah ke-6, surah al-An’am ayat ke-125. Cuba bacakan.”  
“Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya sesat, Dia akan jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.”  
[QS al-An’am, 6:125] 
“Kenapa kita merasa berat dalam melaksanakan tanggungjawab kita terhadap Allah?” 
“…”  
“Kerana nilai keimanan dalam diri kita mula menurun, kerana apa dia menurun?”  
“Dosa...”  
“Ya. Dosa dan maksiatlah yang akan menghitami hati-hati kita, membuatkan kita kehilangan akan kemanisan serta kekhusyukan dalam berbuat untuk agama Allah.”  
“Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’”  
[QS al-Baqarah, 2:45]  
“Sebab itulah, akhi, kalau kita merasakan diri kita semakin melemah, sepatutnya kita kena semakin dekat kepada Allah SWT. Bukan semakin menjauh. Dah tahu iman lemah, pergi main games buat apa? Tengok movie, chatting dengan perempuan tanpa ada urusan penting, tak pergi solat berjemaah, tinggal qur’an, tinggal tahajjud. Astaghfirullah al-‘azim. Macam mana kita nak expect iman kita akan meningkat semula, kalau itulah amal yang kita buat ketika iman kita melemah?!” 
Tunduk. 
“Kalau itulah benda-benda yang antum rasa boleh mendatangkan ketenangan dalam diri antum, ana sarankan antum perbaharui semula hakikat perhambaan antum sebenarnya pada siapa? Adakah Allah yang bertakhta di hati antum selama ni, atau ada benda lain yang dah mengotorinya. Sebab apa akh, sebab orang-orang yang beriman itu hanya akan tenang apabila dia kembali kepada Allah.” 
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”  
[QS ar-Ra’d, 13:28] 
+++ 
“Akh, kadang-kadang ana rasa ana tak layak untuk berada kat dalam saff yang ada ni. Ya lah, kita nak dakwah pada orang lain agar diorang makin dekat dengan Allah, dan tinggalkan maksiat. Tapi, diri kita pun sebenarnya masih terumbang-ambing.”  
“Akh, itulah kerja syaitan. Dari kemaksiatan-kemaksiatan yang kecil inilah, dia akan cuba menghubungkan kita dengan kemaksiatan yang lain. Dan semestinya, antara target paling besar dia adalah, kita meninggalkan jalan tarbiyah dan dakwah ni, akh.”  
“Maknanya?”  
“Maknanya, jangan sekali-kali kita tinggalkan satu kebaikan hanya kerana kita dah melakukan kesalahan. Tapi sebaliknya, kita semakin bersungguh-sungguh dalam mengerjakan kebaikan itu, kerana, cuba lihat dalam surah ke-11, ayat ke-114 hingga 115.” 
“Dan laksanakanlah solat pada kedua hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatanbaik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah). Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan.”  
[QS Hud, 11:114-115] 
“Dan..”
"Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa. Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki disisi Tuhannya. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang berbuat baik. Agar Allah menghapus perbuatan mereka yang paling buruk yang pernah mereka lakukan dan memberi pahala kepada mereka dengan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan."  
[QS az-Zumar, 39:33-35]  

"So? Nak berhenti?" 
"Hehe. Tak nak."
“Sekarang, akhi, ikhlaskan semula niat antum berada atas jalan ni. Dan bertaubat kepada Allah selagi Allah masih lagi beri antum peluang untuk bernafas. Kalau dah tahu iman kita semakin sakit, jangan antum ubati dia dengan racun games, movie, tak baca qur’an dan lain-lain. Macam mana nak baik kalau macam tu. Ok?”  
“Hehe. Ok. Terima kasih, akh, kerana ziarah ana dan bagi nasihat pada ana.”  
“Tak de hal lah. Yang terakhir, kenapa kadang-kadang istighfar kita kepada Allah tidak mendatangkan rasa takut?" 
"..." 
"Kerana mungkin istighfar kita hanya di mulut, bukan di hati.” 
+++ 
Sama-sama kita bermuhasabah. Terutamanya dah nak masuk exam week ni. Ikhlaskan niat kita, kenapa kita belajar, dan jangan bermaksiat kepada Allah, sebab Allah-lah yang akan memberikan kita kejayaan atau kegagalan.. Jadi,,dekatkanlah diri kita dengan Allah, dan usaha bersungguh-sungguh baik untuk akhirat, dan juga dunia. Sebab, Allah pesan dalam surah ar-Ra;d, surah ke-13 ayat ke -11, 
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana, maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. 
[QS Ar-Ra'd, 13:11] 
Dan, 
"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya"  
[QS an-Najm, 53:39] 
 Tapi, janganlah hanya ingat Allah time exam je. Waktu lain kena gak. Islam secara keseluruhan. Sebab kita tak tahu bila kita mati.

Tuesday 3 May 2011

6 TANDA TAKWA ATAU TAKUT KEPADA ALLAH

1 – seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya…

2 – seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu…

3 – memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu janganlah melihat perkara yang terlarang demi untuk mendidik hati…

4 – menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada dalam tubuh kita…

5 – menjaga kedua – dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram. Begitu juga kedua – dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada ALLAH…

6 – Ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata – mata untuk mencari keredhaan ALLAH serta takut kepada sifat riak dan munafik…

Wallahualam…^_^

( ~ya, sy jatuh cinta kat awk bkn krn Allah @ kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan......~)

( ~ya, sy jatuh cinta kat awk bkn krn Allah @ kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan......~)

Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada.

Saya malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar saya bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.

Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?

Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.

Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?

Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?

Alice: Tapi..

Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.

Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?

Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)

Alice:(agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?

Lelaki B: Saya...saya...

Alice: Kenapa? cakaplah..

Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..

Alice: sebab?

Lelaki B: Perlukah bersebab?

Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..

Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.

Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..

Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?

Alice: Why not? Awak cintakan saya?

Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.

Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?

Lelaki C: (hanya mampu tunduk)

Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..

Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.

Alice: (terkedu) Apa awak nak?

Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.

Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?

Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian.

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?

Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.

Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.

Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.

Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.

Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?

Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu'alaikum.

Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)

Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??

Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)

Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..

Alissa: Hum.. akhirnya...

Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?

Alissa: Ya.

Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)

Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.

Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?

Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?

Akif: Alice...(terharu..)

Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..

Akif: Sebab?

Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...

Akif hanya tersenyum.. :)

yang haram tetap hram ok!

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di Sekolah Menengah Agama. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...

Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu.

Muhammad pun memulakan ceritanya. "Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.” Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

Sunday 1 May 2011

sila dail 24434....

PERNAHKAH anda membayangkan apabila berdoa ,lalu muncul pertanyaan seperti ini:

       "TERIMA KASIH'.Anda telah menghubungi Baitullah.Sila tekan 1 untuk MEMINTA .Tekan 2 untuk BERSYUKUR.Tekan 3 untuk MENGELUH.Tekan 4 untuk PERMINTAAN LAIN-LAINNYA."

        Mungkin juga anda akan mendengar ayat-ayat seperti ini. "Maaf",ketika ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain.Diharap anda sabar menunggu.Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi!"

        Cuba anda bayangkan semasa berduka dan ingin mengadu kepada-NYA,anda mendapat respon begini. "Jika anda mahu berbicara,tekan 1untuk bercakap dengan Malaikat Mikail.Tekan 2 untuk bercakap dengan Malaikat yang lainnya.Tekan 3 jika mahu membuat aduan / tekan 4 jika mahu membuat pertanyaan tentang syurga/neraka!"

         Boleh jadi anda terdengar kata-kata seperti ini :"Pejabat kami ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari berikutnya!"

         Jawapan-jawapan sebegini mungkin tidak asing dlm kehidupan seharian kita.Namun ,adakah ia satu jawapan yg akan anda terima sewaktu mendail nombor-nombor Allah?


        Sudah tentu TIDAK.Allah amat mengasihi kita.Setiap masa kita boleh 'menelefon-NYA', tidak kira tempat dan waktu. Kita hanya perlu menghadap-NYA dan membuat aduan pada bila-bila masa dan Allah sentiasa mendengar aduan kita tanpa sebarang had.

        Apabila kita mendail talian Allah, tiada istilah :"TALIAN SIBUK". Allah menerima setiap panggilan dari hamba-hambanNYA tanpa mengira waktu dan amat mengetahui siapakah para pemanggil-NYA itu.

       TALIAN 24434 adalah talian yg paling mudah untuk anda mendail-NYA.MENGAPA 24434?
       2 rakaat -Subuh
       4 rakaat -Zuhur
       4 rakaat -Asar
       3 rakaat -Maghrib
       4 rakaat -Isyak

        Jika anda ingin lebih sempurna dan lebih dekat lagi dengan-NYA, anda boleh tambah lagi nombor-nombor tersebut dgn mendail talian 2 yakni solat tahajjud, duha dan taubat.

        Kita juga boleh mendail talian 30 yakni al-Quran dgn membacanya / mendail 99 Asmaul Husna ,yakni nama Allah. Untuk lebih cantik kita boleh dail 33 zikir, Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar.
        Yang pasti talian Allah ini adalah secara telus, terus, tanpa operator,tanpa pengantara, tanpa tinggalan pesanan, dan tanpa sebarang bayaran bil.
   
    Jumlah taliannya juga terlalu banyak ,tidak akan wujud istilah "talian sibuk ", dibuka 24 JAM SEHARI, TUJUH HARI SEMINGGU SEHINGGA HAYAT KITA AKHIRNYA kembali kepada-NYA.

         Sebenarnya ,inilah talian yang ~WAJIB~ kita dail setiap hari. Sayangnya ramai yg mengabaikan talian Allah ini kerana manusia lebih tergoda TALIAN DUNIAWI meskipun kadangkala tidak mendapat jawapan, dibalas mesin suara dan tiada kawasan liputan..renungkanlah tepuk dada tanya iman.

antara dua impian

"Macam mana pengisian ana tadi? ok ke tak?" 
"Ok." 
"Ok je?" 
"Habis tu, antum nak ana cakap apa? Antum tanya 'Ok' atau 'tak' je kan? 
"Bagilah komen yang membina siket. Baru ana dapat detect. Mana kelemahan ana." 
"Ha. Baru jelas. Hmm, pada ana tak de masalah. Setiap orang ada cara dia yang tersendiri, dan antum ada cara antum sendiri." 
"Maksud antum?"
"Dari segi kawalan suara, dalil, dan sebagainya iulah. Semua tiada masalah. Cuma kalau ana, ana akan sampaikan dalam bentuk yang lain. Ikut skill masing-masing. Dakwah is about the art of... ?" 
"Err.." 
"Convincing people. Itu je. Macam mana kita nak convince kan seseorang itu bahawa Islam dan dakwah itu jalan hidup dia. Itulah yang kita kena fikir sekarang ni. Macam mana orang MLM mampu convince orang mereka untuk hidup demi duit, macam itulah, bahkan lebih hebat dari itu kita kena convince orang untuk hidup demi Islam."
+++
Selesai menziarahi mad'u yang sedang menanti giliran untuk pertandingan drama di Lecture Hall 3, aku terus ke V1B 2** untuk memenuhi jemputan seorang ikhwah untuk mengisi taqlim yang dibuat atas inisiatif dia sendiri dalam mengumpul jiwa-jiwa kosong  yang ingin diisi dengan sesuatu. Sebelum ianya diisi dengan kebatilan couple, games, dota dan lain-lain, apa kata kalau kita yang terlebih dahulu cuba untuk memenuhi jiwa-jiwa mereka dengan ayat-ayat cinta dari Allah.
+++
"Antum jemput ana, tapi antum lak yang bercakap. Haha." 
"Lah, antum nak cakap gak ke?"
"Habis tu? Apa function antum panggil ana?" 
"Erm.. Entah. Ana ajak je."
+++
Biasalah. Ikhwah kalau dah dapat peluang utnuk bercakap. Mana reti nak berhenti. Satu jam itu mungkin boleh dikira sebagai hingusan. =P
+++
"Akh, tapi ana kesian lah tengok kawan-kawan ana. Dulu kami ikut halaqoh sama-sama, tapi, tengoklah diorang sekarang. Ingat keluar halaqoh jadi lebih baik, tapi rupanya.." 
"Ha?! Jadi apa? Shrek?" 
"Hehe. Tak de lah sampai jadi shrek. Cuma, ana ingat lagi time mereka semua nak keluar hari tu. Murobbi ana pesan pada mereka. 'Ni kalau dah keluar ni, harap dapatlah berdakwah dengan lebih mantap.' Tapi, entahlah. Bukan nak memburukkan mereka, tapi.." 
"Tapi, tapi.. Dah lah tu, ana faham apa yang antum nak cakap sebenarnya. Sekarang ana nak tanya antum, kenapa mereka merasakan selesa untuk hidup dalam duia macam sekarang ni? Sedangkan mereka tu pernah disentuh oleh tarbiyah?" 
"Sebab mereka tak faham?" 
"Tak faham tu mungkin. Tapi, ana yakin mereka faham dah. Cuma kenapa mereka merasa selesa. Kerana itulah impian semua orang yang bergelar dai'e." 
"Impian? Maksud antum?" 
"Ana tanya antum. Siapa yang sanggup hidup macam kita ni? Nama student engineering, tapi sibuk lak nak berdakwah, halaqoh. Kalau lihat dari segi materialnya pulak, hilang duit ke sana ke sini, sampai dalam kadang-kadang duit dalam akaun tu jadi negatif. Tambah lak dengan stress study week." 
"Negatif?"
"Ye lah, berhutang. Belum kira lagi duit untuk nak makan, masa untuk study hilang, masa untuk rehat tak de, tak balik rumah time-time cuti, tambah dengan result yang istiqomah berada di bawah paras bahaya. Siapa nak, akh?" 
"Hmm.." 
"Tak ada orang nak, akh. Kita je yang ngada-ngada nak terjerumuskan diri dalam jalan hidup yang pelik, menentang arus ni, akh. Dan ana yakin, kalau kita diberikan pilihan untuk memilih berhenti atau terus. Fuh, ana yakin akan ramai yang pilih berhenti." 
"Tak payah offer. Memang mereka sendiri yang akan berusaha ke arah itu kadang-kadang." 
"Ha. Bijak. Anak sapa lah ni. Tambahan antum tengok kawan-kawan kita yang dah tak ikut halaqoh sekarang, lepas tu dah tak buat kerja dakwah. Sibuk dengan rokok, couple, lepak dengan budak perempuan. fuh, tak best ke sume tu?" 
"Best la agaknya." 
"Memang best akh, tengok dalam surah ke-3, surah Ali Imran, ayat ke-14. Ingat?"


"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik." 
[QS Ali 'Imran, 3:14]
"Ditambah lagi dengan bantuan syaitan-syaitan dari jenis jin dan manusia yang sentiasa membisikkan perkataan yang indah. Tengok surah ke-6, ayat 112."
“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia).Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.”


[QS Al-An’am, 6:112]
"Maka, itulah impian kita semua, akh." 
"Err.. Antum ni biar betul, akh." 
"Tapi... Antara impian kita untuk keluar dari jalan dakwah dan tarbiyah ini untuk kesenangan dunia dengan impian kita dalam nak melihat wajah Allah SWT di syurga nanti, mana lebih besar? Mana lebih syok untuk kita kejar?" 
"Melihat wajah Allah SWT di syurga." 
"So? Antara banyak-banyak impian yang menghala ke neraka yang antum ada, akh, lupakan je semua tu. Sebab kita ada impian yang lebih besar."
"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya" 
[QS al-Baqarah, 2:207]
"Dan.."
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui, niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam surga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung. Dan (ada lagi) kurnia yang kamu sukai (iaitu)pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin." 
[QS As-Saff, 61:10-13]