Tuesday 3 May 2011

6 TANDA TAKWA ATAU TAKUT KEPADA ALLAH

1 – seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya…

2 – seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu…

3 – memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu janganlah melihat perkara yang terlarang demi untuk mendidik hati…

4 – menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada dalam tubuh kita…

5 – menjaga kedua – dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram. Begitu juga kedua – dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada ALLAH…

6 – Ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata – mata untuk mencari keredhaan ALLAH serta takut kepada sifat riak dan munafik…

Wallahualam…^_^

No comments:

Post a Comment