Sunday 1 May 2011

sila dail 24434....

PERNAHKAH anda membayangkan apabila berdoa ,lalu muncul pertanyaan seperti ini:

       "TERIMA KASIH'.Anda telah menghubungi Baitullah.Sila tekan 1 untuk MEMINTA .Tekan 2 untuk BERSYUKUR.Tekan 3 untuk MENGELUH.Tekan 4 untuk PERMINTAAN LAIN-LAINNYA."

        Mungkin juga anda akan mendengar ayat-ayat seperti ini. "Maaf",ketika ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain.Diharap anda sabar menunggu.Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi!"

        Cuba anda bayangkan semasa berduka dan ingin mengadu kepada-NYA,anda mendapat respon begini. "Jika anda mahu berbicara,tekan 1untuk bercakap dengan Malaikat Mikail.Tekan 2 untuk bercakap dengan Malaikat yang lainnya.Tekan 3 jika mahu membuat aduan / tekan 4 jika mahu membuat pertanyaan tentang syurga/neraka!"

         Boleh jadi anda terdengar kata-kata seperti ini :"Pejabat kami ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari berikutnya!"

         Jawapan-jawapan sebegini mungkin tidak asing dlm kehidupan seharian kita.Namun ,adakah ia satu jawapan yg akan anda terima sewaktu mendail nombor-nombor Allah?


        Sudah tentu TIDAK.Allah amat mengasihi kita.Setiap masa kita boleh 'menelefon-NYA', tidak kira tempat dan waktu. Kita hanya perlu menghadap-NYA dan membuat aduan pada bila-bila masa dan Allah sentiasa mendengar aduan kita tanpa sebarang had.

        Apabila kita mendail talian Allah, tiada istilah :"TALIAN SIBUK". Allah menerima setiap panggilan dari hamba-hambanNYA tanpa mengira waktu dan amat mengetahui siapakah para pemanggil-NYA itu.

       TALIAN 24434 adalah talian yg paling mudah untuk anda mendail-NYA.MENGAPA 24434?
       2 rakaat -Subuh
       4 rakaat -Zuhur
       4 rakaat -Asar
       3 rakaat -Maghrib
       4 rakaat -Isyak

        Jika anda ingin lebih sempurna dan lebih dekat lagi dengan-NYA, anda boleh tambah lagi nombor-nombor tersebut dgn mendail talian 2 yakni solat tahajjud, duha dan taubat.

        Kita juga boleh mendail talian 30 yakni al-Quran dgn membacanya / mendail 99 Asmaul Husna ,yakni nama Allah. Untuk lebih cantik kita boleh dail 33 zikir, Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar.
        Yang pasti talian Allah ini adalah secara telus, terus, tanpa operator,tanpa pengantara, tanpa tinggalan pesanan, dan tanpa sebarang bayaran bil.
   
    Jumlah taliannya juga terlalu banyak ,tidak akan wujud istilah "talian sibuk ", dibuka 24 JAM SEHARI, TUJUH HARI SEMINGGU SEHINGGA HAYAT KITA AKHIRNYA kembali kepada-NYA.

         Sebenarnya ,inilah talian yang ~WAJIB~ kita dail setiap hari. Sayangnya ramai yg mengabaikan talian Allah ini kerana manusia lebih tergoda TALIAN DUNIAWI meskipun kadangkala tidak mendapat jawapan, dibalas mesin suara dan tiada kawasan liputan..renungkanlah tepuk dada tanya iman.

No comments:

Post a Comment