tepat kul 12.00 am bermula la 14 januari 2012
f0n x brenti2 bnyi "bib" n notification fb ttibe bnyk plak...
pape pn syukran to all my frens for wishing my besday...
editted dari seorang kawan~aqil afifi
thanx bro!
demo pn ape kurang nye same je kte pnye besday kn...
tp sy lg kakak oke..haha^_^
mace2 ucapan dari sume kawan2~
skolah rendah (sk wakaf stan)
skola menengah
(smkanaimlilbanat, tusyen, skor A, kem pbsm)
kwn2 skspm2010 (husm)
wira wirawati plkn desa rimba (kk, perak)
kwn kptm kL (cheras)..
program abjz (msjid negara)
“Awak dah tua,”
“Semoga cepat matured,”
saya tak paham korang
nak saya matured camne lagi.ahaha
Pelbagai spesies ucapan yang saya terima pada 14 januari saban
tahun.
Terima kasih pada semua. Amat saya hargai.
Tak kurang juga yang sengaja ingin mencuit ’sakit hati’
pada
minit-minit terakhir menjelang 14 Januari,
“Waiting for the whole day, but no one ever wish
you?..Happy Birthday!”
ceh, sorila. suda ramai ye, brader!
Tak kiralah..thanx juga!
Terima kasih atas doa semua.
Terima kasih pada hadiah-hadiah lain juga.
Baik.
Kisah-kisah hari lahir dibawa ke tepi dahulu. Bukan ini yang ingin dicoretkan.
Maaf ssangat..
Saya mungkin tidak seperti kalian. Maaf teramat,
andai
kalian setia memberi ucapan, saya pula sebaliknya.
Bukanlah saya anti-birthday celebration, tapi banyak cerita di
sebaliknya.
Terutama, mungkin kerana saya ada masalah ingatan!
Aduh, segan untuk dinyatakan, tapi sejujurnya setakat ini
saya hanya
mengingati tarikh lahir dalam keluarga, kwn2 y rapat
dan
juga beberapa nama lain yang mungkin ada mencatat sejarah bersama saya.
Yang
lain..ampun maaf, saya angkat tangan awal-awal!
SUNNAH MANUSIA SUKA MENERIMA
Akui, memang kita bisa tersengih 14 inci atau terbang ke
langit biru
tatkala disaji manisan ucapan. Apa lagi bila beserta hadiah
kegemaran,
seperti kera mendapat bunga sampai tak keruan.
Itu sunnah manusia, suka menerima.
Sudah 19 tahun saya ’menerima’ pinjaman Allah di dunia ini.
Jasad ini, dunia ini, semuanya.
Menerima pinjaman.
.
Bayangkan anda membuat pinjaman dengan pihak bank.
Katakan anda meminjam satu juta,
jika anda berjaya
memulangkan wang tersebut dengan baik,
pihak bank akan memberi ganjaran pula
atas ‘jasa’ anda menggunakan wang tersebut.
Aih, kita yang meminjam, kita pula yang untung?
Malah mungkin bukan ganjaran setakat dua tiga kali ganda.
Tapi dengan satu amaun yang tak tersebut banyaknya..
Belum lagi layanan-layanan dan habuan lain.
..Hebat, mana nak dapat pinjaman sebegini?
Sekarang, makin banyak kita meminjam, makin banyak bunga ada la!
مَّن
ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman
yang baik, maka Allah akan melipat gandakanpembayaran kepadanya
dengan lipat ganda yang banyak.” [2.245]
Hanya Dia yang menjanjikan pulangan lumayan ini.
Tak malu-malu lagi ‘menyusahkan’ Sang Peminjam?
SUNNAH MEMBERI?
Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Constatinopole seawal usia
21 tahun.
Beliaulah Imam yang ditunggu-tunggu selama 800 tahun oleh semua
mutaqin,
untuk merealisasikan hadis Nabi saw:
“..Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam.
Rajanya
adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik
tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Saya, kini, sudah 19
tahun. Dua tahun saja bezanya dengan Al-Fateh itu.
Tapi, entah bakti apa yang sudah saya taburkan.
Jangankan untuk memberi sumbangan yang besar, menjaga
’pinjaman’ Dia pun cuai selalu!
TARIKH MEMPERINGATI JASA
Semasa kecil terkadang teringin sangat mahu berparti
besar-besaran menyambut hari jadi.
Besar sungguh pengaruh cerita-cerita TV,
saya dambakan sambutan hari lahir seperti seorang puteri.
biase la Angan budak kecil.
.
Keluarga saya jarang-jarang membuat sambutan.
Kami
biasa-biasa saja pada hari tersebut.
Saya syukuri hikmah tradisi itu, kini.
Maulud Nabi disambut sebagai memperingati tarikh kelahiran
Baginda saw.
Pada hari itulah paling banyak kempen beserta ceramah (dan yang
sewaktu dengannya)
tentang Junjungan diadakan di seluruh dunia,
mudah-mudahan
kita menghayati perjuangan Baginda saw.
Itupun, sesetengah pendapat mendakwa sambutan tersebut sebagai bid’ah.
Justeru sambutan maulid ini membuat saya terfikir akan
tujuan saya yang ’inginkan’ ulang tahun disambut.
.
Malu sendiri, saya bukanlah apa-apa pada dunia ini dan pada
orang lain.
Kekadang terdetik, apakah layak menerima apa-apa kalimah “Happy
Birthday” pada hari tersebut.
Ia bukanlah hari yang wajar digembirakan buat saya.
Kalau “Sad Birthday” mungkin sesuai kerana seharusnya saya
bersedih
dengan usia yang meningkat, dan amal yang tak lebat, cuma dosa
berlipat.
Sekali lagi, bukan saya bermaksud tidak gemar ucapan-ucapan
atau sambutan-sambutan hari lahir.
Tidak dinafikan, sambutan birthday membantu merapatkan
ukhuwwah.
Saling bertukar hadiah, itu sunnah yang dituntut juga. Saya sangat setuju yang
itu.
Maaf..maaf ya!
Kalau saya tahu hari itu adalah hari lahir anda, saya memang
akan cuba wish.
Kalau tak wish tu tanda tak tau
atau lupa la tu..~~
Hadiah? Tunggu bila saya shopping beli
barang banyak-banyak,
saya bagi kat ramai-ramai orang sekaligus.hehe.. if elaun sy masyuk ler...=p
Mungkin sebulan kemudian, atau mungkin setahun juga.
Saya masih ingat tatkala saya dijemput makan-makan oleh
seorang kawan rapat ke chaletnya.
Sedang-sedang makan saya bertanya,
apa mood emaknya
sampai mengirim makanan pada hari itu.
Adeh, malu sungguh, dia sedang meraikan hari lahirnya!
maaf sahabat..sanah helwah for u~
KANAK-KANAK LAIN CERITA
Walaubagaimanapun, pandangan saya berbeza dengan
sambutan
untuk kanak-kanak,
saya sangat suka dan lebih excited.
Melihatkan dunia kanak-kanak di TV yang pada saya sangat
tidak membantu perkembangan minda mereka,
saya lebih setuju hari-hari mereka
dihiasi alternatif hiburan yang real sebegini
dalam mereka
menginjak dewasa.
Setidaknya mereka belajar menghargai orang lain
, budaya memberi dan menerima,
di samping terdedah kepada cara bergaul dan melihat realiti ragam manusia.
Lagi pula, mereka belum punya banyak perkara untuk
difikirkan.
Lainlah kita yang sudah tua ini, oh, alwajibat aktharu minal auqaat!
Tanggungjawab
lebih banyak dari masa yang ada!
Bila usia meningkat, kubur pun makin dekat..~
TIDAK ROMANTIS
Ada yang mendakwa, orang seperti saya yang tak semangat bab
birthday ini tidak romantis.
Iyakah?
Btw, untuk apa saya romantis dengan korang? hak3
ALLHAMDULILLAH YA ALLAH
MASIH MEMBERI PINJAM LAGI NYAWA
UNTUK HIDUP PADA HARI INI..
happy belated birthday!
ReplyDeletesori lambat wish ^___^